-

-

Friday, July 23, 2010

Defisit air terjejas menjelang 2014


KUALA LUMPUR - Untuk tempoh empat tahun lagi, permintaan bekalan air terawat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka meningkat kepada 4,907 juta liter sehari (JLH) ekoran pertambahan penduduk dan industri.

Jumlah itu akan menjadikan defisit bekalan air adalah sebanyak 476 JLH sedangkan kapasiti bekalan air sedia ada yang efektif adalah 4,431 JLH.

Keadaan itu akan memberi kesan kepada lebih tiga juta penduduk di tiga kawasan terbabit.

Sehubungan itu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menegaskan, terdapat keperluan untuk melaksanakan Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor supaya dapat terus menampung peningkatan permintaan bekalan air di tiga kawasan terbabit.

"Unjuran terperinci mengenai permintaan bekalan air bagi kawasan-kawasan kritikal di Lembah Klang sentiasa dikemaskini oleh pihak kementerian dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

"Merujuk kepada Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, statistik penggunaan menunjukkan purata peningkatan permintaan bekalan air terawat adalah sebanyak 2 hingga 3.5 peratus setahun," katanya.

Sejak tahun 2008, jumlah maksimum kapasiti air terawat adalah 4,326 JLH manakala unjuran semasa menunjukkan menjelang 2011, permintaan bekalan air terawat (4,511 JLH) akan melebihi keupayaan pembekalan (4,326 JLH).

Sehubungan itu, KeTTHA akan memastikan bekalan air di Lembah Klang mencukupi dan ia akan dilakukan melalui perancangan projek bekalan air secara rapi berpandukan Laporan Kajian Sumber Air Negara 2000-2050 yang diterbitkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.

Kerajaan Persekutuan komited untuk memastikan agar bekalan air berterusan dan berkualiti kepada rakyat termasuk rakyat di Selangor.


Sumber - Kosmo

3 comments:

  1. huhu kerajaan selangor cakap cukup sampai 2019...kerajaan pusat ngan syabas cakap sampai 2013 je...hamba sebagai rakyat jelata agak2 fenin lalat gak la...daripada sumber2 yang sahih memang x cukup...

    ReplyDelete
  2. owh, saya tak tahu apa2 pasal ni ulak.. huhu

    ReplyDelete
  3. Salam....

    Elektrik tak ada, kita masih blh hidup. Kalau air tak ada....nak duduk pun tak senang.

    ReplyDelete