-

-

Thursday, July 15, 2010

Saya sangka ofsaid - Iniesta

BARCELONA - Selepas dua hari menjulang Piala Dunia 2010, wira Sepanyol, Andres Iniesta baru menceritakan kembali detik bersejarah yang diharungi bersama skuad La Roja itu.

Pada aksi final di Stadium Soccer City, Johannesburg awal pagi Isnin lalu, Iniesta dijulang sebagai wira apabila meledak gol kemenangan bagi membantu Sepanyol membenam Belanda 1-0.


Bagaimanapun, Iniesta menyangka dia berada dalam kedudukan ofsaid ketika menerima bola daripada pemain gantian, Cesc Fabregas sebelum menjaringkan gol kemenangan Sepanyol pada masa tambahan.

"Saya hanya tunggu hantaran Cesc Fabregas dan dia menghantar bola tepat pada waktunya. Dia cukup pantas dan pada kedudukan itu saya berseorangan sehingga rasa seperti ofsaid.

"Tetapi saya berjaya mengawal bola itu dengan baik dan apabila saya melepaskan rembatan, saya tahu bola itu akan terus menerjah jaring," kata Iniesta.

Jaringan tunggal Iniesta pada minit ke-116 itu telah memastikan Sepanyol berjaya menjulang Piala Dunia buat kali pertama, sekali gus mengecewakan Belanda yang turut belum pernah memenanginya.

"Sukar digambarkan perasaan saya selepas jaringan tersebut. Saya hanya boleh katakan yang saya cukup gembira. Dapat bermain bola sepak, lakukan tugas saya dan menjaringkan gol yang cukup penting itu.

"Membuatkan berjuta-juta orang berasa gembira adalah sesuatu yang tidak ternilai. Inilah kepuasan dalam kerjaya saya ini," jelas Iniesta.

Iniesta hadir ke Afrika Selatan selepas mengharungi musim yang agak kurang baik bersama kelabnya, Barcelona kerana dihantui masalah kecederaan.

"Musim lalu memang musim yang sukar tetapi apabila hadir ke Afrika, saya kembali berasa ghairah dan bersemangat tinggi.

"Saya memang berharap ia dapat diakhiri dengan kejuaraan meskipun kami tewas 0-1 kepada Switzerland pada perlawanan pertama," ujarnya. 

- Reuters

6 comments:

  1. oh,,,inista;;p

    bgus kamu main...tak mcm zaquan..huuu

    ReplyDelete
  2. posisi pertama iniesta adalah ofsaid tapi yang kedua tidak lagi sebab ada rafael van der vart, pemain belanda protes posisi pertama iniesta ketika diumpan, spanyol pantas juara, wassalam.

    ReplyDelete
  3. mula2 pon ingat offside
    tp bila tgk replay x pon
    hik3

    ReplyDelete
  4. rindu gile nak tgk bolaaa~ huaaaaa.tibajah

    ReplyDelete