-

-

Wednesday, July 14, 2010

Rakyat Sepanyol berpesta

MADRID - Sepanyol digegarkan dengan sambutan terhebat pernah diadakan di negara itu semalam.

Semuanya gara-gara kejayaan skuad La Roja itu muncul juara Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Isnin lalu.

Keghairahan rakyat Sepanyol meraikan kejayaan tersebut melupakan seketika masalah kegawatan ekonomi dan pergolakan politik yang melanda negara itu sejak sebulan yang lalu.


Beratus ribu peminat sanggup keluar beramai- ramai bagi memenuhi jalan-jalan utama semata- mata untuk mengucap tahniah kepada pegawai dan pemain Sepanyol yang muncul menaiki bas tanpa bumbung.

Lautan manusia yang memakai baju warna bendera negara tersebut iaitu merah dan kuning boleh dilihat berada di mana- mana manakala pemain Sepanyol memakai baju yang tertera perkataan juara dunia.
Pesta jalanan itu bagaimanapun hanya bermula selepas skuad kenda- lian Vicente del Bosque itu diraikan oleh Raja Sepanyol, Raja Juan Carlos dalam satu majlis penuh mesra dan ceria di istananya.

Kelihatan beliau memeluk kebanyakan pemain di samping sempat bergurau dengan del Bosque.

"Anda semua adalah contoh kepada semangat kesukanan, kemuliaan, permainan hebat dan kerjasama sepasukan," kata Raja Juan dalam ucapannya.

Kesemua bintang Sepanyol kemu- diannya diraikan pula oleh Perdana Menteri, Jose Luis Rodriguez Zapa- tero dan barisan menteri kabinetnya di bangunan kerajaan. Turut hadir beratus kanak-kanak yang dijemput khas ke majlis itu.

"Mereka membawa pulang piala yang menjadi milik seluruh rakyat Sepanyol," kata Zapatero penuh bersemangat.

Sebaik selesai majlis rasmi, bari- san pemain dan pegawai Sepanyol mula diarak sepanjang laluan lima kilometer yang penuh sesak - mereka sentiasa dikerumuni penyokong yang menjerit-jerit memanggil nama pemain sambil menjulang Piala Dunia dan mengibarkan bendera Sepanyol.

Turut terlibat dalam sambutan terhebat itu adalah skuad tentera udara yang menerbangkan jet di atas kepala ratusan rakyat yang membanjiri jalan raya sambil mengeluarkan asap merah kuning.

Sambutan yang berterusan itu menyebabkan pihak berkuasa tempatan di beberapa bandar utama terpaksa mengeluarkan arahan supaya jangan ada lagi penduduk keluar dari rumah kerana jalan-jalan utama sudah tidak dapat menampung kebanjiran manu- sia yang datang.
Ini berikutan bukan sahaja golo- ngan muda, malah golongan ibu bapa juga sanggup membawa anak kecil mereka menggunakan kereta sorong dari petang hingga ke malam untuk turut sama berbaris di tepian jalan sambil menyanyi lagu kebangsaan negara itu.
Tidak kurang juga ada yang sanggup mewarnakan kereta masing- masing dengan warna merah dan kuning. - Agensi

No comments:

Post a Comment