-

-

Friday, September 24, 2010

Adab berziarah

AMALAN ziarah-menziarahi sememangnya dituntut oleh agama. Bukan sekadar menziarah kaum keluarga atau sanak saudara bahkan jiran-jiran terdekat hatta individu yang tidak pernah dikenali sebelum ini.

Tujuan kunjung mengunjung adalah untuk merapatkan silaturahim dan saling bermaafan. Bukan bertujuan untuk mendapatkan duit raya, memperaga baju raya paling cantik, mahal ataupun melihat setiap hiasan atau susun atur rumah yang kita kunjungi.

Islam memperincikan beberapa syarat atau adab yang perlu diamalkan ketika seseorang Muslim berhasrat untuk menziarah jiran atau sanak saudara, bukan sahaja pada hari raya malah ketika hari-hari biasa.

Adab-adab tersebut diperincikan bermula daripada sebelum berziarah, semasa menziarah, selepas menziarah dan perkara-perkara yang perlu dihindarkan ketika berziarah.

Wednesday, September 22, 2010

Cinta Dan Suka




Hari ini aku terbaca satu post blog yang menarik dan aku nak kongsi kata-kata ini kepada semua di sini..^_^






Di hadapan orang yang kita kita cinta, hati kita akan berdegup kencang..
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira..

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga..
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja..

Sunday, September 19, 2010

Pendapatan lumayan dengan Nuffnang

SEBUT sahaja Nuffnang, mustahil jenama komuniti pengiklanan blog itu tidak dikenali oleh blogger-blogger di seluruh Malaysia. Tidak hairan juga, jenama itu amat dikenali di negara-negara jiran terutama Singapura, Australia dan Filipina.

Sumbangan Nuffnang amat besar buat komuniti blogger yang menjadikan jenama itu sebagai platform untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Tidak keterlaluan jika dikatakan pendapatan yang diperoleh daripada Nuffnang adakalanya melebihi pendapatan pekerjaan tetap.

Saturday, September 18, 2010

Sos punca penyakit kronik

GEORGE TOWN - Memasak tanpa menggunakan sos perasa untuk menyedapkan masakan seolah-olah tidak lengkap bagi manusia zaman ini.

Sos tiram, kicap manis atau masin, sos tomato dan sos cili, misalnya, bukan sahaja menambah perasa tetapi juga membangkitkan selera penggemarnya.

Namun begitu, percaya atau tidak penggunaan penambah rasa seperti sos ke dalam masakan harian didakwa menjadi punca kepada 146 penyakit kronik.

Friday, September 17, 2010

Impak Ekonomi Hari Raya

Ramadan berlalu, Syawal pula menjelang sejak beberapa hari yang lalu. Semasa artikel ini ditulis, tentunya masih ramai yang sedang meraikan hari raya di kampung dan tentu juga ramai yang membuat persiapan khususnya warga kota yang berhari raya di kampung bertolak kembali ke Kuala Lumpur atau bandar-bandar lain yang menjadi tempat mereka meraih rezeki.

Thursday, September 16, 2010

Istilah IT - Spam, Junk mail, Shareware, Freeware, Open Source, Spyware, Virus, Worm

Ramai di antara kita yang masih keliru dengan istilah-istilah yang digunapakai dalam dunia siber hari ini. Berikut adalah definasi istilah-istilah yang sering kita dengar atau baca.

1.Spam
-Spam adalah satu cara di mana seseorang menghantar mel elektronik (email) dengan kuantiti yang terlalu banyak bertujuan untuk promosi dan pengiklanan kepada sesiapa sahaja yang menjadi mangsanya. Kebiasaannya, spammer memperolehi alamat email daripada blog, chat rooms, IRC, dan laman web.

Monday, September 6, 2010

Pecah rumah di Aidilfitri

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ketika ini semua seisi rumah tidak menang tangan untuk menyediakan persiapan menyambut kemenangan setelah 30 hari berjuang berpuasa di bulan Ramadan.

Baju raya, kuih muih, perabot rumah, perhiasan diri antaranya barang kemas, dibeli untuk Aidilfitri kali ini.

Bagi yang beraya di kota, rumah perlu dikemas dan dihias agar nampak mewah tatkala jiran tetangga datang menjengah di hari raya.

Sunday, September 5, 2010

Tentera Jepun kena 'dera'

TENTERA Jepun memang kejam. Mereka memancung kepala, menyuruh minum air sabun, menikam dengan bayonet, mengerah menjadi buruh paksa dan membakar hidup-hidup sesuka hati.

Itu sudah biasa kita dengar kala berbicara tentang keganasan tentera Jepun ketika menjajah Tanah Melayu lebih enam dekad lalu. Sehinggakan frasa 'penampar Jepun' pun masih melekat hingga hari ini.

Namun, sekejam-kejam tentera Jepun, ada juga dalam kalangan mereka yang pengsan apabila giliran mereka pula 'didera'.

Saturday, September 4, 2010

Henti guna minyak sapi QBB

KUALA LUMPUR - Masyarakat Islam dinasihatkan menghentikan penggunaan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee (gambar) keluaran syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. ekoran penarikan balik status halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 19 Ogos lalu.

Nasihat itu dibuat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas pemantauan Jakim mendapati produk tersebut mengandungi elemen-elemen yang meragukan dari segi status halalnya.

Friday, September 3, 2010

Ladang guna najis babi, 800 penduduk hidu bau busuk

KUALA NERANG - Kira-kira 800 penduduk Kampung Baru Padang Sanai dekat ini berhadapan dengan bau busuk dan risiko kesihatan berikutan tindakan sebuah ladang berhampiran rumah mereka menggunakan najis babi sebagai baja untuk projek tanaman tembikai.

Penduduk kampung mendakwa bau busuk dan masalah lalat akibat penggunaan najis babi sebagai baja telah berlarutan selama seminggu dan mereka terpaksa menanggung masalah itu.

Seorang penduduk kampung, Sulaiman Che Endut, 44, berkata, projek penanaman tembikai itu baru hendak diusahakan oleh sebuah syarikat yang memajak tanah seluas 80 hektar itu daripada pemilik tanah itu tetapi ia telah mula menyusahkan penduduk kampung.

Katanya, bau busuk itu semakin kuat apabila hujan dan bilangan lalat semakin banyak yang ditakuti boleh memberi kesan kepada kesihatan penduduk kampung terutama kanak-kanak. - Bernama


Sumber - Kosmo