-

-

Thursday, July 22, 2010

Rizab bekalan air membimbangkan

KUALA LUMPUR - Jumlah bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak cukup untuk menampung keperluan dan permintaan yang semakin meningkat, kata Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Datuk Ruslan Hassan.

Beliau yang menyifatkan keadaan itu sebagai sangat membimbangkan berkata, jumlah kapasiti bekalan air di ketiga-tiga kawasan itu hanyalah sebanyak 4,326 juta liter sehari (JLH) berbanding purata pengeluaran sebanyak 4,086 JLH bagi tempoh 1 Jun hingga 11 Julai lepas.



"Ini menunjukkan terdapat rizab kapasiti bekalan sebanyak 240 JLH atau 5.9 peratus sahaja," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, dengan peningkatan keperluan sebanyak empat peratus bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, rizab bekalan air yang sedikit itu semakin berkurangan dan meruncing.

"Keadaan ini sangat membimbangkan sekiranya berlaku kemarau panjang atau pencemaran sumber air mentah di kawasan takungan ataupun sungai-sungai yang boleh menyebabkan penutupan loji air," katanya.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kelmarin dilaporkan berkata, bekalan air di negeri berkenaan adalah mencukupi sehingga tahun 2019.

Ruslan berkata, Syabas menghadapi kesulitan untuk menampung keperluan bekalan air terutama selepas berlaku gangguan, iaitu untuk memulihkan kembali bekalan kerana rizab kapasiti yang terhad dan keperluan puncak yang meningkat akibat gangguan tersebut.

Beliau juga menjelaskan beberapa loji air telah dipaksa beroperasi tanpa henti dalam keadaan jauh melebihi kapasiti reka bentuk asal sejak beberapa tahun lepas untuk menampung keperluan pengguna.

Ia termasuk Loji Sungai Langat yang dengan kapasiti 386 JLH telah beroperasi pada tahap 450 JLH dan Loji Air Semenyih dengan kapasiti 565 JLH beroperasi pada lingkungan 580 hingga 620 JLH.

"Hal ini menyebabkan loji-loji tidak dapat diselenggara pada waktu yang sepatutnya kerana dikhuatiri akan menjejaskan bekalan," kata Ruslan. - Sumber Kosmo

Komen "MD"- Penggunaan air bertambah setiap hari disebabkan ada pembangunan baru telah dibuat. Jadi sumber air kenalah selalu bertambah. Jangan sama je. ..^_^

6 comments:

  1. biar takde letrik jangan takde air

    ReplyDelete
  2. oh dear..they should do something :| ..
    takde air yang clean and sufficient = trouble + riot.

    ReplyDelete
  3. Dont worry..the menteri of Selagor will definately take care of the situation.Trust him will U....

    ReplyDelete
  4. dropping by :)
    tengs visit me

    ReplyDelete
  5. cerita pasal air nak terputus ni yg risau ke cuma propaganda media? minta dijauhkanla kehabisan bekalan air ni

    ReplyDelete