-

-

Monday, November 29, 2010

Hujung Minggu: PIKOM Digital Lifestyle Expo 2010 (DLE)

Tarikh :  10hb hingga 12hb Disember
Tempat:  KL Convention Centre

Untuk pertama kalinya di Malaysia, pelanggan akan mempunyai peluang untuk mempelajari dan mengalami ekspo digital terbesar dan paling luas yang akan diadakan oleh PIKOM ketika syarikat PIKOM Digital Lifestyle Expo 2010 (DLE) akan membuka Disember ini di KL Convention Centre di sini. Pameran selama 3 hari dari tarikh 10hb hingga 12hb Disember akan mempamerkan lebih daripada 50 tanda global dan 400 gerai booths dengan keluasan 10.000 meter persegi, menjadi pentas kepada pengguna mencari barangan gajet elektronik terkemuka dan pameran telefon mudah alih di negara ini.

Wednesday, November 24, 2010

Cadangan Sambungan LRT Laluan Kelana Jaya dan Ampang


Cadangan sambungan laluan LRT untuk Aliran Kelana Jaya akan bermula dari Lembah Subang - Pusat Perniagaan Kelana, melalui Subang, USJ, Alam Megah dan berakhir di hab Putra Heights. Cadangan laluan ini terdiri daripada 13 stesen baru dan landasan yang jaraknya hampir 17 km.

Cadangan sambungan laluan LRT untuk Aliran Ampang akan bermula dari Stesen Sri Petaling, melalui Puchong, Kinrara dan berakhir di hab Putra Heights. Cadangan laluan ini terdiri daripada 13 stesen baru dan landasan yang jaraknya hampir 17.7 km.

Kesemua stesen akan dilengkapi dengan kemudahan seperti lif, eskalator, telefon awam, surau dan tandas awam. Stesen-stesen juga menyediakan kemudahan untuk golongan kurang upaya (OKU) seperti 'ramp', lif, 'tactile', kaunter tiket berparas rendah dan tandas awam.

Tuesday, November 23, 2010

Rakyat Malaysia popular di Internet

"RAKYAT Malaysia kurang mementingkan soal privasi apabila berkenalan dalam talian."


DALAM satu tinjauan global, rakyat Malaysia dilaporkan sebagai golongan yang paling popular di Internet manakala rakyat Jepun paling sedikit. Tinjauan itu sekali gus mencerminkan budaya sesebuah negara melalui perilaku dalam talian. 

Menerusi kajian hidup digital oleh syarikat penyelidikan Global TNS, Malaysia memenangi 'pertandingan' populariti Internet dengan purata 233 teman di rangkaian sosial mereka berbanding hanya 68 teman bagi rakyat China dan hanya 29 teman bagi pengguna Internet di Jepun. 
Penemuan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi sebuah negara seperti Malaysia. Dengan latar kepelbagaian budaya dan juga tradisi rumah terbuka yang sering dianjurkan sepanjang tahun, rakyatnya lebih bersikap terbuka untuk membina kenalan baru.

Friday, November 19, 2010

Jerman cipta piring terbang pada 1940-an

LONDON - Saintis-saintis Jerman dalam era Perang Dunia Kedua pada tahun 1940-an yang bekerja untuk pemimpin negara itu, Adolf Hitler dipercayai telah mencipta pesawat piring terbang prototaip yang telah terbang di udara, lapor sebuah akhbar semalam.

Akhbar itu memetik laporan majalah sains Jerman, PM yang melaporkan, beberapa saksi di London mengaku mereka pernah melihat sebuah piring terbang dengan lambang tentera Jerman terbang rendah melintasi sungai Thames di England pada 1944.

Tuesday, November 16, 2010

Keberkesanan kos dalam perbelanjaan

Kenyataan orang politik mudah dipertikaikan bukan hanya kerana mereka ini selebriti sosial yang dikenali umum, tetapi disebabkan kurangnya logik dan ketuntasan.

Dalam kata lain, mereka yang bijak mungkin melafazkan sesuatu yang kurang bijak dengan niat tertentu. Dengan berbuat demikian, sesungguhnya mereka telah mempersendakan tahap kebijaksanaan rakyat. Walhal, ketiadaan ketuntasan jelas mendedahkan rendahnya tahap keikhlasan seseorang ahli politik.

Baru-baru ini soal keberkesanan kos dalam perbelanjaan sesebuah kementerian dibangkitkan, khususnya mengenai lawatan menteri dan timbalannya serta pegawai pengiring mereka ke seberang laut atas nama tugasan rasmi. Usaha membangkitkan persoalan sedemikian yang relevan kepada kepentingan rakyat bukanlah monopoli parti pembangkang semata-mata.

Dalam konteks ini, kebetulan terdapat beberapa Ahli Parlimen Dewan Rakyat yang menyoal Menteri Pelancongan, Datuk Sri Dr Ng Yen Yen berkenaan kekerapan lawatan beliau ke luar negara yang memakan belanja besar.

Soal siapa menyoal bukanlah perkara pokok, baik Ahli Parlimen dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat, persoalan perlu dijawab menteri terbabit. Namun apa yang memeranjatkan menteri tersebut melatah di luar Dewan.

Monday, November 15, 2010

Saya Islam, mengapa perlu terkejut?

Saya Islam, mengapa perlu terkejut?

Semasa saya tiba di wilayah Arab itu untuk bekerja di pusat kebajikan di Gaza dan Tebing Barat, saya membawa bersama pandangan yang dimiliki semua wanita berkulit putih kelas pertengahan (secara senyap atau terbuka) mengenai wanita Islam, wanita yang saya anggap tidak lebih dari sekadar jasad yang dibalut dengan jubah hitam.

Sebagai seorang wanita Barat yang mempunyai semua kebebasan, saya jangka saya akan hanya berurusan dengan golongan lelaki sahaja. Bukankah itu yang menggambarkan dunia Islam?

Nampaknya pandangan stereotaip saya itu terbukti masih dikongsi oleh semua penduduk Barat apabila beberapa kolumnis yang mendengar saya sudah menganut Islam, menjerit ketakutan dan terkejut.

Ya, begitulah pandangan mereka terhadap lebih setengah bilion wanita di dunia yang menganut agama Islam.

Sunday, November 14, 2010

Terowong air Pahang-Selangor

Terowong air Pahang-Selangor merupakan terowong air yang menghubungkan Selangor dan Pahang.Kerja-kerja pembinaan fizikal terowong untuk projek penyaluran air dari Pahang ke Selangor dijangka bermula pada 1 Jun 2009 dan siap 2014. Air mentah 1,890 juta liter sehari di salurkan dari Karak, Pahang ke Taman Perkasa, Hulu Langat, Selangor.Panjang terowong 44.6 km dan bernilai RM1.3 bilion.

Pembinaan projek itu melibatkan kerja-kerja pembinaan terowong penyaluran, Empangan Kelau, pembinaan muka sauk, stesen pam dan juga paip air.

Anggaran kos projek pembinaan dijangka sebanyak RM3.751 bilion di mana ia turut melibatkan kos pengambilan balik tanah dan penempatan semula Orang Asli di Sungai Temir.

Projek tersebut dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan melalui perjanjian pinjaman di antara Kerajaan Persekutuan dan Japan Bank For International Cooperation (JBIC) yang telah ditandatangani pada 31 Mac 2005. Anggaran kos berjumlah RM3.936 bilion dan sebahagian besar pembiayaan projek adalah melalui pinjaman Japan International Cooperation Agency (JICA) (75 %) dan selebihnya dibiayai geran Kerajaan Persekutuan (25 %).

Sumber - Wikipedia