-

-

Wednesday, August 4, 2010

Wanita lebih tertarik pada lelaki berbaju merah

NEW YORK – Satu kajian di Amerika Syarikat (AS) menyatakan wanita lebih tertarik pada lelaki yang memakai pakaian berwarna merah, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyelidik di Universiti Rochester yang melakukan kajian tersebut, Profesor Andrew Elliot berkata, warna merah berupaya menjadikan lelaki kelihatan lebih bertenaga sekali gus membuatkan wanita tertawan.

“Kami mendapati wanita melihat lelaki yang berpakaian warna merah sebagai memiliki status lebih tinggi, lebih cenderung memiliki kekayaan dan pengaruh. Tanggapan berkaitan status tinggi ini menyebabkan wanita tertarik kepada mereka,” katanya.

Menurut profesor di bidang psikologi itu, beberapa kajian mendapati wanita tidak menyedari tentang kesan warna merah tersebut.

Kajian itu yang menggunakan gambar sejumlah lelaki berpakaian berlainan warna dengan wajahnya dikaburkan mendapati kebanyakan responden wanita memilih lelaki berpakaian merah sebagai lebih menarik. .

Saintis-saintis percaya kesan itu disebabkan kombinasi faktor budaya dan biologi. Kesan serupa dilihat dalam kehidupan beruk seperti babun mandrill dan babun gelada apabila haiwan jantannya mempunyai warna merah yang menandakan dominasi spesies jantan. – Agensi

10 comments:

  1. kalau macam tu hari2 aku nak pakai baju merah...
    wah!!!!!

    ReplyDelete
  2. kalau anna tertarik dgn lelaki yg pakai baju putih.. nampak kemas dan bersih.. kuikui.. teringat si dia yg pakai t-shirt polo putih.. :)

    ReplyDelete
  3. baju saya hampir semua warna putih..merah selai je..mmg warna merah berjaya mnegubah penampilan seseorang..dan saya suka pompuan pakai baju merah (kalau kulitnya putih)

    ReplyDelete
  4. adeh...kalo aku paki baju merah ntah camne lagayenyer...

    ReplyDelete
  5. Alahai saya tak kisah baju warna apa. Hubby saya dulu pakai baju warna biru. ha ha :-)

    ReplyDelete
  6. nak tahu tak sebab apa... sebab kalau lelaki pakai warna merah nampak gagah dan berani...

    (teringat mcm zaman pahlawan lak)

    ReplyDelete
  7. bkn ke lembu sensetif ngan kaler merah?? xpasal2 kene keja pkai bju kaler tu..huhu..tp sy suka pmpuan pkai baju kaler hijau..nmpk cam bersemangat cam askar..yeah..

    ReplyDelete
  8. aku suka mamat pakai baju pink
    =)

    ReplyDelete
  9. merah jrg2 orang lelaki pakai. mungkin sebab tu jadi perhatian

    ReplyDelete
  10. wa.. kalau cam tuh leh la selalu pakai baju merah! haha

    ------------------------------------------------

    salam ramadhan.. korang sila follow blog movie ini jap.. ---> http://terbarumovie.blogspot.com/ [sambil korang follow.. korang leh download movie terbaru.. Movie Tekken & Ong Bak 3 pon dah keluar dah.. =) ]

    ReplyDelete