-

-

Tuesday, August 24, 2010

Pasar raya pandu lalu pertama di Britain


BALDOCK - Rangkaian pasar raya keempat terbesar di dunia, Tesco akan membuka pasar raya pandu lalu pertama di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Projek perintis itu akan dilancarkan secara rasmi di bandar ini, daerah Hertfordshire, England pada hari ini.

Perkhidmatan itu disasarkan kepada pelanggan yang tidak mahu berasak-asak semasa membeli belah pada hujung minggu.


Dengan caj rata serendah £2 (RM9.75), pelanggan akan membuat pesanan, membayar untuk barang dapur dan menetapkan waktu untuk mengambil barangan tersebut secara dalam talian.

Mereka kemudian perlu memandu ke kemudahan pandu lalu itu yang beroperasi tujuh hari seminggu selain menunjukkan senarai pesanan kepada petugas pasar raya Tesco yang akan memunggah barangan mereka ke dalam kereta.

Sumber - Kosmo

4 comments:

  1. wahhh idea yang bagus...tapi lebih praktikal kalo kita beli sendiri kat kedai..leh wat byk pilihan..

    ReplyDelete
  2. fuh smart gile. mmg aku malas nak kua g kedai. kalau bleh nak kedai runcit jual bawang online aje! delivery! ha2

    ReplyDelete
  3. pasar raya dirv thru? mak ai..mesti jem la klu de kat malaysia ni..haha

    ReplyDelete