-

-

Monday, June 28, 2010

England Kalah Kpd German (4 - 1)


BLOEMFONTEIN – England ditunjuk jalan keluar oleh Jerman daripada kempen Piala Dunia 2010.

Semalam, skuad bimbingan Fabio Capello itu dibelasah 4-1 oleh Jerman yang tampil bertenaga pada perlawanan pusingan kedua di Stadium Free State.

Kekalahan itu memaksa England ‘gulung tikar’ sementara Jerman melangkah bergaya ke pusingan suku akhir.

Sekalipun percubaan pemain tengah England, Frank Lampard yang sudah melepasi garisan gol dibenarkan oleh penjaga garisan, Jorge Larrionda dari Uruguay, ia masih belum cukup untuk menyekat kemaraan Jerman yang membuka tirai jaringan menerusi Miroslav Klose pada minit ke-20.


Lukas Podolski menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-32 sebelum Matthew Upson merapatkan jurang pada minit ke-37.

Sebaik babak kedua bermula, England dilihat lebih yakin dan agresif tetapi ia tidak bertahan lama kerana lawan mereka itu bijak membaca percaturan mereka.

Dua gol jaringan Thomas Mueller menerusi serangan balas yang pantas pada minit ke-67 dan 70 telah memusnahkan sama sekali impian England untuk meneruskan perjuangan mereka di bumi Afrika.

Dengan rentak sumbang yang mereka pamerkan sejak aksi peringkat kumpulan lagi, bola sepak England tidak mungkin mampu menggegar dunia. – Agensi

9 comments:

  1. ni takdir gua rase beb.. dulu german kalah kat england.. skrg england kalah lak kat german.. pergh.. terbaek ah..

    ReplyDelete
  2. andalan gw udah keok gan kena bantai.. argentina.. hiks :(

    ReplyDelete
  3. hehehe.. german menang ke? bukan spain eh?

    ReplyDelete