PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiapkan laporan berhubung penggunaan telefon bimbit pintar BlackBerry di negara ini ekoran tindakan beberapa negara menggantung perkhidmatan telefon itu atas alasan keselamatan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, laporan itu kini dalam proses untuk dilengkapkan sebelum dikemukakan dalam satu mesyuarat minggu ini.
“Laporan itu adalah tentang dakwaan kononnya perkhidmatan BlackBerry telah digantung di beberapa negara. Kita akan umumkan hasilnya selepas mesyuarat nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Malaysia Selamat (Msafe) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini semalam.